Wednesday, February 27, 2008

" Malaysian Standard"

Emm..semalam aku menghadiri mesyuarat "working group on road lighting" untuk membuat/menetapkan satu standard malaysia untuk lampu jalan (road lighting) di SIRIM. *percaya kah kamu standard tu belum wujud lagi.
Uuu..Uu..mesyuarat ni berterusan bermula dari tahun 2004 lagi dan sampai lah skang ni tak abis-abis lagi..!
skang ni dah masuk bab lampu terowong (tunnel lighting). Aahhh...sebenarnye aku kat dalam tu hanya banyak mendengar saja, sebab diaorang semuanya berpengalaman! keh keh keh..janji aku dapat duit elaun RM60 ngan SIRIM tu..kepeh kepeh kepeh !! dan disana aku merakam lah sikit skrip jurutera berpengalaman yang tak berapa lawak antaranya :

skrip#1 Jurutera Cina
"kalo u lalu kat terowong kelana jaya aar..tiba2 kete u mati kat dalam terowong tu, baik u selamatkan diri..tinggal saja itu kereta..bahaya woo..!!mesti orang langgar u punye..orang tarak nampak! dalam terowong selekoh maut woo..ha ha ha" kata Jurutera Apek itu sambil gelak besar..

skrip#2 Jurutera Melayu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
"kat LPT..kita ada buat terowong untuk laluan Gajah.., tak pakai lampu la..kalo pasang lampu menantang atau gajah mungkin tak lalu..!! ha ha ha..kata Jurutera Melayu itu gelak sambil tersenyum lebar..

skrip#3 Jurutera Pompuan Melayu Terakhir JKR
"tapi kat Hutan/Kawasan Pendalaman takde elektrik, kite boleh pakai solar untuk lampu terowong..!!" kata Jurutera pompuan itu, lalu Jurutera Apek menyampuk "Oii..itu mau pakai berape puluh banyak panel, satu panel pun sudah sangat mahal..!! menghabiskan duit rakyat saja..mari kita mengundi barisan nasional..!!ha ha ha" sambil gelak besar lagi

Wednesday, February 20, 2008

" usya' tanpa perasaan.."

file autocad itu..!

emm..aku dari tengah hari tadi dok usya' file autocad itu dengan tanpa perasaan..!! dan buat-buat sibuk bekeje..ahhhh malasnye..sebenarnye tidak perlu aku tengok file autocad tu, keje tu dah settle..tapi ape kan daya Ku hanya untuk memperdayakan bos aku itu..! ha ha ha..kepeh kepeh kepeh 10juta kali usya' tanpa perasaan..! =P

Tuesday, February 19, 2008

Tuesday, February 12, 2008

"mmm..mmm..mmm.."

hanya gambar hiasan semata-mata..!!

Mungkin 2-3 minggu ini aku tidak berkereta, kerana apa..?!! sebabnye aku tinggal kerete merah Ku pon pon pon pon pon..itu di kampung untuk sedikit baikpulih badan keta itu. Uuuu...uu.. pegi keje pinjam keta orang, mmm..macam mana aku mau kuar untuk bersiar-siar dihujung minggu?!! pun kena pinjam keta orang.."ahhh, malas aku nak pikir! ada keta jalan..takde sudah.." kata Ku didalam hati. Harap kawan-kawan, sahabat & orang-orang kampung paham jikalau susah untuk aku ke sana atau ke sini...atau di sana menanti.., di sini menunggu..!! Harap maklum..
kepeh kepeh kepeh 40kali naik basikal tua.. =P

Wednesday, February 6, 2008

"Uuuu..Uu..hari yang Dahaga..!!"

Argghh...hari ni aku sungguh dahaga! lalu aku pegi menyelokar peti ais di opis Ku ini.."Ya..emm emm rezeki Ku hari ni, air ribena..!!horeyy.." kata Ku didalam hati
air ribena yang dimaksudkan itu

"hmm..aku tak peduli, aku mesti belasah air ni.." tegas Ku didalam hati
"Uuu...arhhh lega, sedapnye air ni.." kata Ku dengan bisikan perlahan
aku dahaga..aku minum, aku dahaga, aku minum lagi..dahaga lagi & aku minum lagi..!!

"emm..sedapnya kalo aku boleh buat air pepsi(70%)+oren mirinda(25%)+7 up(5%) lagii.." kata yang bermain-main dalam fikiran Ku..sambil mengimbas kembali kejadian itu masa pegi The Curve ujung minggu itu hari kat Kedai Karipap Ikea.
Uuuuhh...aku dahaga lagi, aku minum! dahaga lagi, aku minum lagi..har har har, aku sangat suka..!!