Monday, June 30, 2008

TAG*** dari hana

1. Nama-nama timangan;
* keluarga terdekat panggil 'seni' erkk emm..seni pertahankan diri, seni pentas, seni khat dll.
* anak sedara panggil 'ayah ngah'
(ada dua org anak sedara hazim & farisha)
* di pejabat panggil 'nize'

* kawan masa belajar?
sekolah rendah panggil 'seni'

sekolah menengah panggil 'senik' erkk..dah tambah 'k' pulak,keh keh keh =P

universiti malaya panggil 'nize' yang asalnya 'nizam'


2. Anda seorang yang
;
* kata diyana "nize baik berhati mulia, juga blur dan pemalu.."
* kata azman (ciput) "badut sarkis yang makan slow dengan lawak paling bodoh pernah wujud
dalam muka bumi ni.."
* kata cabau "ciput, aku setuju ngan ko.."
* kata olet "paling cool.."
* kata bani "paling kepeh kepeh.."

3: Insan teristimewa?describe apa yang membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda
;
* tanya hazim

4: Makanan favourite anda;
* tanya farisha


5: Favourite Colour;
* tanya hazim


6. Favourite Song;
* tanya farisha

7. Sikap yg Membuatkan anda Stress
;
* malas


8. 3 benda yg mesti ada dalam bag anda;
* baju sukan

* seluar sukan

* air mineral

9. Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa???
* emmmm..masa mak meninggal tahun lalu (tangisan dalam hati)

Friday, June 20, 2008

Unplugged 2..!!

Untuk memenuhi permintaan bani, aku telah menyumbang lagu tahap 'kepeh kepeh' lagu Bumi Putra Rockers - 'Dari Sinar Mata'...dan 'feel' ala-ala malas gitu (*memang malas pun) keh..keh..keh, tapi aku habiskan jugak nyanyian ni..untuk ko bani oii! eh bani..aku nak tanya la sikit, "ada kenangan ape2 ke ngan lagu ni?! isk isk.." Uu..Uu..sentimental sungguh si bani nih!! =P kepeh kepeh kepeh
* sedap atau tidak..BOLOS saje lagu ituuuUUUUuu...!!

'BPR-Dari Sinar Mata'

Monday, June 16, 2008

" Kisah Ular Lidi..!!"

*atas permintaan sahabat baik ku 'azman a.k.a kamehameha expect a.k.a kerplunk a.k.a ciput' 10tahun yang lalu, dari khemah camping ke keta ke kedai mamak..dan citer bermula dengan "Pada suatu hari, seekor ular lidi..*har har har har..lalu gelak tak abis-abis sehingga ke hari ni...dan hari ini juga akan ku habiskan kisah ular lidi itu..untuk tatapan semua..!! =P kepeh kepeh kepeh

*sebut dengan intonasi suara kecik..


"Pada suatu hari, seekor ular lidi (bernama 'lid') bersiar-siar di hutan rimba, tujuan lid adalah untuk mencari seekor ular sawa (bernama 'saw') yang gagah lagi berbisa..untuk mencabar si saw itu.
Untuk pengetahuan anak2 semua, saw adalah seekor ular sawa yang memakan sayur kangkung saje..!
Dalam perjalanan lid menyusuri hutan rimba itu, sampai lah satu tempat dimana lid terserempak dengan si saw yang sedang memasak sayur kangkung..
lalu si lid menyapa.." salam sejahtera kamu..!" kata lid dengan muka yang ceria..
" sapa kamu di luar sana..?" tanya si saw dengan kehairanan.
lalu lid menjawab " aku seekor ular lidi yang memakan daging, tidak seperti mu memakan sayur kangkung saje..!" dengan nada mencabar..
"cis..!! berani kamu menghina ku?..aku adalah ular paling berbisa di alam fana ini" saw menjawab dengan nada yang takbur..
Untuk pengetahuan anak2, ular sawa pada masa itu..adalah ular paling berbisa sekali & pantang larangnye adalah tidak boleh makan daging.
lalu si lid ular lidi berkata dengan nada sindiran "ko tidak sehebat ku, kerana aku boleh makan daging..!!"
si saw menyahut cabaran yang diberi oleh si ular lidi itu, lalu memakan daging..
Mengikut si penglipurlara.., 3 hari 3 malam..si ular sawa itu pening pening lalat kerana telah melanggar pantang larang juga sumpahan itu..
Pada hari ke-4, si saw terkepeh kepeh dan tidak dapat menahan lagi derita yang ditanggung..lalu si ular sawa itu memuntahkan segala isi perut & juga bisa di tepi pantai, lalu merebak lah bisa itu ke-7 lautan di bumi ini..!!
Maka si ular sawa itu hilang lah bisanye..sampai ke anak cucu cicitnye sekarang ini!!
Mengikut penglipurlara, segala binatang2 yang berbisa sekarang, bisanye diambil dari muntah ular sawa itu..!
" Percaya atau tidak..bolos saje citer ituUUUuu..!!
Sekian Terima Kasih."

*kisah ini ditokok tambah sesedap rase, dan citer originalnye dari tuk(nenek) ku.

Thursday, June 5, 2008

"..bila bicara tentang MINYAK!!"

Sila Klik Gambar ini utk image yg lebih besar!!"Tak Tahan Lagiii..!! Argghhhhhhhh.."

"Ini keputusan dari kerajaan yang terlampau, rakyat dihadiahkan dengan kenaikan RM0.78 sen harga petrol sementara diesel sehingga rm1.00. Ini satu kenaikan yang tertinggi yang pernah dicatatkan," petikan dari Harakah Daily