Monday, January 21, 2008

Cik Saudari Muslimah itu...!! =P

Uuuu..Uuu..pada hari jumaat, 18hb Januari 2008 bersamaan 9 Muharam 1429 telah berlaku peristiwa ini..
Pada pagi yang hening itu, pigi lah aku ke Putrajaya untuk menyelesaikan keje tertangguh dengan Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
, MOF (Ministry of Finance).
Sampainye aku di sana, lalu Ku mengambil keputusan untuk meletak kete di tempat parking berbayar di depan Menara Pjh itu.Setelah selesai keje Ku, lalu aku menuju ke kete Ku..sambil berjalan aku berfikir di mana aku mahu bersolat jumaat hari ini..jam menunjukkan sudah pukul 12:00 tgh hari.emm..aku mendapat satu akal, dan terus Ku menghubungi sahabat Ku azman, jadi Puchong lah destinasi Ku selepas ini..
tanpa berfikir panjang, aku menuju ke
tempat kiosk membayar parking itu.

"Sila masukkan tiket anda.." kata mesin autopay
"Aahh..pandai pulak mesin ini berkata-kata" kata Ku didalam hati
"Sila masukan duit syiling atau wang kertas
anda di tempat di sediakan.." kata mesin autopay itu..
"Emm..emm...nasib baik singgit je mesin ni mintak.." kata Ku didalam hati lagi..
"Terima kasih.." kata mesin autopay itu lagi..

lalu aku mencapai pemegang pintu kiosk untuk keluar dari situ..Tiba-tiba muncul saudari muslimah yang comel & berpakaian cantik betul-betul di sebelah kiri Ku.Kira-kira 0.5meter jaraknye dari Ku ini..

"ahhh..mau promote apa la pulak awek ni.." kata Ku didalam hati.


kelihatan saudari muslimah itu membuka begnye seperti mencari sesuatu..



"Encik..hari ini encik solat jumaat kat mana..?" kata saudari muslimah
"Emm..hari ni saya solat dekat Puchong.." jawab Ku
sambil tersenyum-senyum, juga mempertahankan untuk maintain senyuman yang Ku berikan itu ..
"Encik..ambik duit ni, nanti bagi kat masjid ya..boleh?" kata saudari muslimah itu sambil menghulurkan wang kertas bernilai RM5.

"Boleh..insyaallah!" jawab Ku dengan pantas..


wang kertas RM5 saudari muslimah itu

"Aahhh..selamat aku..!! ingatkan ape tadi..isk isk haru tul..mahu kah aku bertanya nama awek itu..?!!"kata Ku didalam hati sambil lenyap perasaan untuk bertanya nama awek itu..kepeh kepeh kepeh..!! =P

"Saudari muslimah.., Sesungguhnya saya sudah menunaikan Amanah yang saudari berikan itu..!!"

9 comments:

Abg Bani said...

hang ni mmg betul la kurang bijak. patutnya mintak la contact number saudari muslimah itu, atas alasan nanti nak update sama dia yg duit dia dah diderma. kemudian nombor itu boleh lah diserahkan kepada aku...caittttttttttt. apsal hang tak gi parking free betul betul depan MOF tu?

Super Nia Hana said...

wahhhhhhhhhhhhhh.......!!!!!!!!!!
indahnyaaaa......
tak snap pic dier ke abg nize?
apada.....

Nizam Abdul Rahim said...

Bani..,
emm..emm..aku tak mintak no. contact dia sebab aku tau hang nak!! har har har..
dan..
aku tak parking tempat free mungkin dah tersurat nak jumpe saudari muslimat yang comel itu..ahhh kepeh kepeh kepeh..!!

Hana..,
saya tak snap gambar dia sebab handphone saya cap ayam..malu, lagi pun nanti panjang citer lak..macam wartawan pun ada..!! kepeh kepeh kepeh.. =P

kawaii_desu said...

huuhu

siap amik gambaq close up duit RM5 tu...

misteri di hari jumaat

Nizam Abdul Rahim said...

farah..
bagi menarik sikit kena la close up!!
eemm..betul tu farah, misteri sungguh saudari muslimah itu..!! Uuu..Uu..Ku masih diselubungi misteri..

Super Nia Hana said...

misteri misteri gak
UPDATEEEEEEEEEEEE


ahahaha

Azlina Ilzdaf said...

ehehehe...baik sungguh hati muslimah itu sbb sudi menderma dan sanggup percayakan seorang stranger yang kepeh kepeh mcm nize nih. Nasib baik ko bukan penyamun...uhuhuhu

Nizam Abdul Rahim said...

kak iena..
emm..emm..ya, muslimah itu sungguh berhati mulia..
& si nize tu bukan lah muka penyamun, tapi dilihat sungguh friendly & baik..!! kepeh kepeh =P

yoxx said...

you are a good guy... :D