Wednesday, January 30, 2008

"Satelit..!! "

Emm..emm..bermain-main dalam kepala Ku ini..ahhh Ku bayangkan berada di tepi pantai, sambil menikmati pemandangan 5 pulau-pulau yang indah sambil menyedut udara pantai yang segar bugar terus masuk ke rongga lubang idung Ku ini..!!
Uuu..uu..ahh rupa-rupanya Ku merindui kampung halaman..pasti cuti raya cina ini, Ku mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman..
lalu Ku menekan papan kekunci ini..untuk mencari lokasi kampung halaman Ku..
"Ya..!! Google Earth la menjadi sasaran.." ini lah yang dikatakan teknologi satelit.
ia membantu Ku untuk menyelinap ceruk kampung halaman Ku..dan hasilnya ini..!


koordinat rumah ku 5° 49' 00.79" N 102° 34' 24.02" E

Uuu..uu..dapat lah Ku melepaskan sedikit rindu pada kampung halaman. Kampung halaman Ku adalah perkampungan nelayan, dan generasi baru kampung Ku kini seperti meninggalkan pekerjaan tradisi nelayan itu. ahhh..hmm..itu lah hakikatnya..!!
sebenarnya tidak jauh rumah Ku ke pantai.., kurang lebih 1++ kilometer. kita akan melalui jalan tompok-tompok rumput kering yang panjang & pasir halus..juga mengharungi anak sungai yang dipenuhi pokok mengkuang ketika dulu, untuk ke pantai itu!! keh keh keh..emm..skang aku tak pasti pokok mengkuang tu masih ada atau pupus..!!



jarak dari rumah Ku ke tepi pantai

yeahhh..! balik kampung..balik kampung lah aku raya cina ini..horeyyy..kepeh kepeh kepeh!!

Thursday, January 24, 2008

"Imej makhluk asing di Marikh.."

Ya..!! itu lah tajuk berita salah satu akhbar tempatan kite hari ini..tajuk berita ini telah berjaya menarik perhatian Ku..dan beritanye berbunyi begini :

gambar yang dimaksudkan itu

" LONDON: Saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (Nasa) dikatakan bingung dan tergamam dengan imej makhluk menyamai manusia, yang dirakam salah satu robot peninjau di planet Marikh.
"

ahhh..mula lah bermain dibernak fikiran Ku ini..siapakah gerangan yang melepak di padang pasir gurun planet marikh itu..teruskan aku menekan punat keyboard ini untuk mencari jawapannye. Ape yang Ku dapat dalam pencarian tentang makhluk itu..?!! aku mendapat ini..aahh nah! sila lihat gambar di bawah ini..!!

gambar close up makhluk itu..!!

ia berupa seperti manusia..atau makhluk seperti manusia..atau mungkin juga ayah pin sedang menunggu untuk menyaksikan perayaan thaipusam di batu cave..atau tidak..!! Uuu...Uuu..lalu dalam fikiran Ku tergambar dengan gambaran ini..

atau

"Har..Har..Har..!!"
sekian tima kasih. setakat ini sajelah aku merapu tahap-3 hari ini..!
p/s: bani maafkan aku kerana tidak meminta kebenaran ko utk pamerkan gambar itu..!!


Monday, January 21, 2008

Cik Saudari Muslimah itu...!! =P

Uuuu..Uuu..pada hari jumaat, 18hb Januari 2008 bersamaan 9 Muharam 1429 telah berlaku peristiwa ini..
Pada pagi yang hening itu, pigi lah aku ke Putrajaya untuk menyelesaikan keje tertangguh dengan Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
, MOF (Ministry of Finance).
Sampainye aku di sana, lalu Ku mengambil keputusan untuk meletak kete di tempat parking berbayar di depan Menara Pjh itu.Setelah selesai keje Ku, lalu aku menuju ke kete Ku..sambil berjalan aku berfikir di mana aku mahu bersolat jumaat hari ini..jam menunjukkan sudah pukul 12:00 tgh hari.emm..aku mendapat satu akal, dan terus Ku menghubungi sahabat Ku azman, jadi Puchong lah destinasi Ku selepas ini..
tanpa berfikir panjang, aku menuju ke
tempat kiosk membayar parking itu.

"Sila masukkan tiket anda.." kata mesin autopay
"Aahh..pandai pulak mesin ini berkata-kata" kata Ku didalam hati
"Sila masukan duit syiling atau wang kertas
anda di tempat di sediakan.." kata mesin autopay itu..
"Emm..emm...nasib baik singgit je mesin ni mintak.." kata Ku didalam hati lagi..
"Terima kasih.." kata mesin autopay itu lagi..

lalu aku mencapai pemegang pintu kiosk untuk keluar dari situ..Tiba-tiba muncul saudari muslimah yang comel & berpakaian cantik betul-betul di sebelah kiri Ku.Kira-kira 0.5meter jaraknye dari Ku ini..

"ahhh..mau promote apa la pulak awek ni.." kata Ku didalam hati.


kelihatan saudari muslimah itu membuka begnye seperti mencari sesuatu..



"Encik..hari ini encik solat jumaat kat mana..?" kata saudari muslimah
"Emm..hari ni saya solat dekat Puchong.." jawab Ku
sambil tersenyum-senyum, juga mempertahankan untuk maintain senyuman yang Ku berikan itu ..
"Encik..ambik duit ni, nanti bagi kat masjid ya..boleh?" kata saudari muslimah itu sambil menghulurkan wang kertas bernilai RM5.

"Boleh..insyaallah!" jawab Ku dengan pantas..


wang kertas RM5 saudari muslimah itu

"Aahhh..selamat aku..!! ingatkan ape tadi..isk isk haru tul..mahu kah aku bertanya nama awek itu..?!!"kata Ku didalam hati sambil lenyap perasaan untuk bertanya nama awek itu..kepeh kepeh kepeh..!! =P

"Saudari muslimah.., Sesungguhnya saya sudah menunaikan Amanah yang saudari berikan itu..!!"

Sunday, January 20, 2008

Pelancaran Rasmi Blog Kepeh Kepeh Kepeh...!! =)

Dengan Lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..!" Dengan Rasminya saya melancarkan Blog Kepeh Kepeh Kepeh..!! ini atas sokongan kawan-kawan, sahabat & rakan-rakan. Tima Kasih semua..!! =P
Emm..emm..Tunggu berita, cerita, ceriti, dogengan & celoteh yang sangat Sensasi..!! yang hebat pastinya..., ahhhhh..sehingga menyebabkan segala bulu roma & rongga berdiri..Uuuu..Uuu..saya tidak tahan lagi..
"maafkan kami Penunggu Gua..maafkan kami..!!"