Monday, September 29, 2008

Aidilfitri 1429H

Selamat Hari Raya Aidilfitri..!
dedikasi kepada semua umat manusia & kepada semua pembaca website ini..
maaf zahir & batin.. dan terimalah ole-ole lagu raya yang telah dirosakkan olehku..Har Har Har! kepeh kepeh kepeh =P


video
bonus track 01

video
bonus track 02

Thursday, September 25, 2008

gasket & minyak petrol...menjelang hari raya!! episod 3

inilah 'head gasket' yang boleh dibuat rendang tok & asam pedas...

'head gasket' terbakar di bahagian antara 2 selinder tengah

emm..emm.. siaplah sudah keta aku direpair dan kosnya seratus ringgit malaysia saje..!! (harga gasket RM 45 & upah pasang RM55) rasa lega sikit pala aku ni..boleh la aku balik raya dengan tenang & selamat sampai..
dan disini sikit berita lega harga minyak petrol turun seposen..!
cehh...kedekut sungguh..duit raya hanya seposen..

"Duit raya sekupang", inflasi naik 8.5 peratus.. - petikan dari harakahdaily

[Edited]

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

- petikan dari harakahdaily.

Wednesday, September 24, 2008

.. satu kejadian menjelang hari raya! episod 2

gambar hiasan saje!!

ahhh..keta ku masuk bengkel hari ni, sebenarnye semalam aku dah rase lain macam jek bila start engine keta tu..! macam jalan 3 selinder jek..
dalam hati ku berkata..'ini mesti plug..takde lain dah ni!'
tapi bila hantar ke pomen semalam..nah ko, gasket head bocor...ahhh mau abis seratus dua jugak ni! adehhhh mau meletup pala aku ni, cam letupan bontot jet gambar kat atas tu!!..kepeh kepeh kepeh =P

Monday, September 22, 2008

..persoalan menjelang hari raya!! =P


[Edited]

Petikan berita terkini..!!

Turunkan harga minyak tidak lama lagi
22/09/2008 1:28pm

PUTRAJAYA 22 Sept. - Keputusan sama ada harga runcit minyak akan dikurangkan daripada harga semasa akan diputuskan dalam tempoh dua, tiga hari lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

``Kabinet akan membuat keputusan itu (menurunkan harga minyak), katanya pada sidang akhbar selepas taklimat di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Thursday, September 18, 2008

bila berubah jadi macam ni..!! =P

Pengetua Sekolah Buta Huruf - memang sesuai dengan karektor seorang pengetua sekolah..dengan bertali leher berbelang-belang, berbaju kot dan berkaca mata..dengan air muka yang ceria menunjukkan perjalanan atau tugas sebagai pengetua sekolah berjalan dengan lancar..tidak hairan lah sebab anak-anak muridnya tua-tua belaka..!!

Ahli Muzik Ternama - ada tokoh sebagai ahli muzik atau musician terkenal juga ternama..dari pemakaiannya kita boleh menilai beliau begitu menjaga imej..dan dari air muka yang juga ceria itu..nampaknya kerjaya sebagai artis berjaya berkembang di seluruh pelosok dunia..juga dikenali sebagai The King of Guitar..

Cikgu Sekolah Memasak - jika dilihat pada rambutnya sungguh seperti citer 'gadis dari bintang' saja..walaupun rambut beliau begitu tapi bakat memasaknya sukar ditandingi..sehinggakan beliau telah membuka sekolah memasak dan cawangan-cawangan sekolah memasak beliau telah berkembang keseluruh tanah melayu..kita dapat lihat dari wajah yang ceria itu..beliau sangat berjaya!! sekolah memasak beliau juga dikenali dengan tagline 'mari memasakkkkk..weeee!!!'

Tukang Jahit Ternama - ada tokoh sebagai tailor terkenal juga ternama..dari pemakaiannya kita boleh nampak kepakaran dalam bidang jahitan..dan dari air muka yang juga ceria itu..nampaknya perniagaan beliau berjaya berkembang di seluruh pelosok dunia..juga dikenali sebagai Super Tailor.. dan mungkin jugabeliau bertukar kerjaya kepada navy(tentera laut) =P kepeh kepeh kepeh

Monday, September 15, 2008

Bila Berbuka ada si............! ceh potong stim.. =P

Hari minggu itu hari, aku berbuka di rumah abang aku..dapat la jumpe 2 orang anak sedara si Hazim & Farisha setelah 2-3 minggu tak jenguk tengok mereka ni..tapi lepas berbuka nasik kerabu(kak ipar buat sendiri best woo..!)
tiba-tiba aku terdengaq suara raksasa purple kat bawah ni..!!? adoiiii..si barney ..cehh potong stim tul..anak sedara ku peminat barney rupenye =P kepeh kepeh kepeh

video

Wednesday, September 10, 2008

..Darjah satu ke Darjah 5 !! - part 2

Novel paling digemari diriku

Bermulanya..masuk darjah lima sekolah rendah dulu, masa tu ada kempen membaca..siap ada buku log - kena tulis apa yang dah dibaca..lebih kurang sinopsis la, sebenarnya..aku la orang yang paling malas membaca..hanya 1-2 bijik buku saja dalam sebulan. Yang dicatit banyak kat dalam buku log tu hanya penipuan semata-²..keh keh keh
Tapi masa tu, aku sangat mengemari membaca novel "Biggles"..ia mengisahkan citer pengembaraan, aksi, penyiasatan dan ada juga ala² macGyver gitu..!! he he he..zaman tu juga, siri tv macGyver menjadi pujaan..
Percaya atau tidak..Novel² biggles ni ada yang setebal buku teks Alam & Manusia..malah lebih tebal dari itu! emm..
emm..dan jika diamati gambar novel diatas, betul lah..jet pejuang juga idola budak² sekolah dulu & sampai lah sekarang..! dan kesan dari kempen membaca itu, sampai sekarang aku tertanya-² kenapa mesti dicatit buku apa yg dibaca kedalam buku log itu..?!! =P kepeh kepeh kepeh

"selamat berbuka puasa..!" =)

Monday, September 8, 2008

terjumpa citer 'Toriton'


video

Emm..emm..yang aku ingat citer ni masa kecik² dulu..,
ikan lumba² dan juga boomerang itu...
Zaman ni, budak² mengilai boomerang..masing² mencari kayu papan untuk menghasilkan boomerang itu!! keh keh keh..asal jadi bentuk V, kira boomerang lah tu..
dan hanya kenangan² itu saja yang dapat aku imbas kembali dalam memori kepala otakku ini..kepeh kepeh kepeh =P
tapi kenape ikan lumba² menjadi tungangan..kenape tidak motor bot..atau jet ski aje?! mungkin juga lebih sesuai kapal selam..keh keh keh

Wednesday, September 3, 2008

Darjah satu..!! part 1

Uu..Uu..teringat aku masa zaman sekolah tadika & darjah satu dulu..!! macam ni lah lukisan yang selalu dilukis oleh aku dan rakan-² sekelas..rasanya budak-² sekolah lain seantero malaya pun mempunyai idea yang sama juga..
emm emm.. pada lukisan tu mesti ada bukit, matahari, burung, sawah bendang, padi, orang-orangan, ayam bersama-² anak ayam dan jugak tidak lupa rumah atau pondok kecik..
keh keh keh..kelas yang paling seronok sekali kelas lukisan lah dan kelas muzik pun seronok juga..!
selalunya hasil lukisanku, cikgu akan ditampal pada dinding kelas..kira antara yang terbaik jugak lahhh...keh keh keh
tapi kenapa la ayam tu takde bapak ayam? dan satu lagi, pondok kecik tu kepunyaan siapa?! juga lagi satu soalan, kenapa matahari berada di antara dua celah bukit..?!
kepeh kepeh kepeh =P
[edit]
sepatutnya lagi, di belakang burung ada awan..dan juga di sebelah pondok kecik itu ada sebatang pokok kelapa..! lagi menarik jika ada kolam di hadapan pondok itu..

"Selamat menjalani Ibadah Puasa..!"