Thursday, October 30, 2008

Expdc Bakar Kambing!! =P

video

Aksi-aksi ini sangat tidak sesuai utk tayangan Umum..!! tapi yang pastinye sangat best bakar kambing kat Ulu Yam pada isnin 27hb Oktober lalu..sungguh menyelerakan! nyumm..yumm..

Thursday, October 23, 2008

..Keruk-Kerap bunyi Keropok!! =P


har har har har har "..krup krap..kruk krappp!! bunyi keropokkk..." itulah iklan pertama yang aku buat untuk mempromosi keropok segera yang dijual oleh en. masrun..!! sungguh aku tidak boleh lupa peristiwa bersejarah ini..iklan telah mengemparkan satu kolej kerana bunyi 'krup krap' itu!! kepeh kepeh kepeh.. =P
*peristiwa ni masa duduk kat kolej 7, universiti malaya pada satu ketika dulu...

Friday, October 17, 2008

..Darjah Satu ke Darjah 6: Katak Kertas..!! part 3

..Emmm emm, salah satu benda origami..katak lah yang selalunya aku buat! tak tau kenapa la kan..kalo ikutkan kapal terbang & perahu tradisional tu lagi senang nak buat..keh keh keh salah satu hobi pada waktu nak buang masa jugak la..masa lepak kat kedai mamak sambil² tu gatal² tangan buat katak ni..! kepeh kepeh =P
sapa tau skill nak buat katak kertas ni..?!! sila bunyikan hon anda..! ini salah satu ilmu yang dapat dari cikgu masa sekolah rendah dulu..
Uu Uu..tapi kena denda lompat katak sungguh memalukan! ahh.. =P

Monday, October 13, 2008

..memang best Mee Rebus ini!!

..iye.., mee rebus ini memang sedap! lazatnya sehingga menjilat pinggan..tapi kedai ni kat kampung aku..kedainya terletak dibawah jambatan.
yang tak bestnya order air..tak sampai-sampai sampai abis makan!
tanya dia punye pelayan a.k.a anak pompuan cun tuan kedai jawabnya sambil bergurau agaknya "bang, air takdok ore nok buat..minum air sungai kat belake keda ni je lahh..!" hu hu hu..minum air kosong jek la itu hari aisehhh..hampeh tul =P kepeh kepeh kepeh

Tuesday, October 7, 2008

..bukankah itu pemandangan yang indah..!!?

Pantai tempat bermain bola sepak pada satu ketika dulu

Sempat aku merakamkan permandangan kampungku yang tercinta semasa bercuti hari raya aidilfitri..tapi gambar ni ditangkap pada 5 petang dan cuaca seperti mahu hujan saje..gambar diatas tu, pantainya sayup mata memandang..kalo berjoging sampai hujung sana tu mahu berkeringat jugak la..

Pulau Rhu (paling dekat) dan Pulau Perhentian (nun jauh di sana..)

Pulau Rhu yang paling dekat tu aku tak pernah sampai, jaraknye lebih kurang 2 km dari pantai..tiada penghuni, ada citer mengatakan pada suatu ketika dulu harimau selalu berenang ke seberang sana..! Uuu..sungguh mengerikan..atau mungkin ada harta karun 'pirates of the caribeans' kat sana jadi mereka buat citer² yang menakutkan..

Spesis pokok² di persisiran pantai..

Dan spesis pokok² di atas ini..ingin ku bertanya pada kamu semua, apakah nama pokok² di atas itu?! hingga sekarang aku tidak mengetahui dengan tepat nama sebenar pokok² di atas..!! sungguh cetek sekali ilmu ku ini... =P kepeh kepeh kepeh