Wednesday, July 30, 2008

kerana Tiket Free..! kepeh kepeh =P

Uuu..Uu.., setelah dapat tiket free RM83 chelsea vs malaysia..maka semalam berangkat lah aku ke stadium shah alam mengambil masa 10minit dalam keadaan yang agak sesak di jalanraya. sebenarnye aku merempit motor housemateku semalam dengan kelajuaan 0km/j (jarum meter mati..cehh hampeh tul)

Maka menonton lah aku perlawanan itu, dari pengamatan aku tidak ada apa yang istimewa yang ada pada pasukan chelsea musim ini..jurulatihnya en. scolari nampak terjerit-jerit ditepi padang & agak sedikit terkepeh kepeh di situ..dan yang pasti musim ini Manchester United masih boleh mengekalkan lagi kejuaraan liga..!! yeahh..

Aku lebih teruja dengan kesungguhan pemain malaysia melakukan beberapa gerakan, mengelecek & cuba melepasi pemain lawan..hanya sedikit mengecewakan ketajaman bahagian serangan! ahhh..sayang sungguh!!

bayanganku & seikh peminat mati keras chelsea (berbaju biru itu)

Tapi yang pasti aku enjoy ke stadium & juga melayan kawanku seikh(peminat mati keras chelsea) semalam..!

Thursday, July 24, 2008

si Udang Galah 2..!!

Jawapan bagi soalan assignment 1 adalah; *jawapan tak berapa betul, jgn percaya!


Emm emm.., kalo udang galah ni pandai membaca..pasti dia terkepeh-kepeh mencari ku untuk memberi satu tendangan padu maut! keh keh keh..dan disini juga ada lagi satu soalan extra..!!

Soalan extra;
1 ela kain putih = RM 3,
1 ekor udang galah = RM __?

~~~edited~~~
Jawapan:
1 ela = 3 kaki = RM 3
1 ekor udang = 8 kaki = RM 8

Tuesday, July 22, 2008

Assignment: si Udang Galah..!!

gambar penyangak
Pengenalan;
" Aku Udang Galah.., itulah namaku. Aku hidup di dalam aquarium..dan aquarium itu berada di dalam opis kerajaan malaysia..aku juga penyangak yang ulung pada masa ini..aku mempunyai penyepit yang kuat seperti kekuatan 'playar' & itulah senjata mautku..har har har..aku akan menawan dunia ini..bersedialah wahai manusia..!!"
*ini citer rekaan saje, tiada kena mengena dengan kehidupan manusia.


gambar pandangan sisi penyangak


gambar ekor penyangak

Ha ha ha..ini lah assignment kali ini!! agak mengarut, tidak masuk akal & juga tidak munasabah..
Untuk mengenali penyangak itu, kita hendaklah tahu serba sedikit anatomi seekor udang galah; dan jawapannya akan diberi hari khamis ini 24/07/2008..kepeh kepeh kepeh =P

Soalan Assignment 1: Namakan Bahagian berlabel A,B,C,D & E?
Soalan Assignment 2: Bagi nama gelaran yang sesuai untuk udang galah ini?

Tuesday, July 15, 2008

Serangan Bulatan Bujur..!!


UUuu..uuuu...sebanyak 6 kali bulatan bujur menyerang diriku ini.., tapi selepas ini aku pastikan bulatan bujur telur itu tak akan menyerangku lagii..!!dan sungguh ku rasa menyampah melihat bulatan bujur itu..! tiada jalan lain untuk melarikan diri dari bulatan bujur telur itu melainkan aku boleh mengatasi masa yang tepat..walaupun ku terpaksa terkinja-kinja dan mengelumpur untuk mengatasi bulatan itu..alangkah baik jika mempunyai kebolehan seperti filem 'wanted' yang ditayangkan skang ni...aku akan berusaha..!!o'yeahh.. idup kepeh kepeh kepeh =P

Sunday, July 13, 2008

Unplugged 3 - Kenangan Terindah - Samsons

Aaahhh...rakaman tertunda atas sebab memori kad hp perlu di formatkan balik..emm emm..ilang segala lagu dan fail penting itu.., dan sekali lagi aku merosakkan lagu tahap kekepehan paling tertinggi..! har har har..sila tutup telinga anda semua jika tidak sanggup mendengarkannye..!!
hana..,terimalah lagu gantian yang diminta sebagai ganti lagu anuar zen...sekian terima kasih! =)


Kenangan Terindah


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu...Kutemukan hidupku
Bagiku...kaulah cinta sejati

Uuuuuuu...uuuuu...uuuuuu

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan...***
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah...

***rakaman terputus dengan sendirinye disitu..