Monday, November 24, 2008

..Sang Lamri yang Bijak!! =P (Final Episode)


Sang buaya mencari akal untuk memerangkap sang lamri. "hahhh..aku ada satu akai..aku naik ke darat & berpura-pura mati..lepaih tu, hang taboq lah bunga kat badan aku ni..dan hang buat2 la menangis kerana kematianku..tentu sang lamri percaya yang aku dah mati & terus turun minum ke tebing sungai..!" kata sang buaya.
Ketam yang sudah benci kepada sang lamri setuju menolong sang buaya. Sang buaya pun meneruskan rancangannya dengan melumur lumpur kebadannya dan naik kedarat lalu berbaring di bawah pokok tomato. Lalat mula menghurung sang buaya yang tidak bergerak seolah-olah mati. Ketam mula lah menangis seperti yang dirancangkan oleh sang buaya. Sang lamri memerhati dari jauh sahaja sandiwara mereka dengan penuh geli hati.
Ketam pun pergilah menemui sang lamri. "Skang hang selamat..dah boleh minum air sungai ni, sang buaya dah mati..!" kata ketam "Tapi aku tak haus..!" jawab sang lamri. "Cuaca yang panas begini, tentulah hang haus.." kata ketam lagi. "Macam mana ngan sang buaya?" tanya sang lamri. Tiba-tiba ketam mula menangis. Ia berpura-pura sedih dan meraung..sambil menangis lalu berkata "Hang tak tau ka?..sang buaya dah mati..!"Sang Lamri melompat keriangan "Ohh..sungguh dukacita, betui ka sang buaya mati..selalunye dia suka berpura-pura untuk menangkap mangsa!"
"Betui kata hang..tapi kali ni dia betui-betui mati. Aku tabuq bunga tanda dukacita & hormat atas mayatnya.."Jawab ketam. "Kalo camtu aku pun akan menabuq bunga tanda hormat..tapi aku mahu turun ke sungai dulu untuk minum" kata sang lamri. Sang lamri pun turun ke sungai dan minum sepuas-puasnya. Sambil mata menjeling-jeling ke arah sang buaya, dilihatnya ekor sang buaya terangkat-angkat.
"Pelik..!" tiba-tiba sang lamri bersuara. "Awat? apa yang pelik?" tanya ketam. "Tidakkah hang pelik kalo sang buaya mati ekornya masih boleh mengibas-gibas? Dasaq..penipu..!!" tanya sang lamri pula. Ketam tidak dapat berkata apa-apa. Ia sedar tipu helah sang buaya tidak berjaya. Sang lamri terus melompat lari ke hutan sambil berteriak seperti hilang akal "Sang buaya tak mati..sang buaya tak mati..kluk kluk klukkkk!!" bunyi seperti ayam piru pulak sang lamri itu.
Sang buaya turun semula ke sungai. Ia sangat marahkan sang ketam yang tidak pandai memperdayakan sang lamri. Ketam terasa takut lalu lari dari situ. Tinggallah sang buaya seorang diri yang tidak berkawan.
..TAMMAT.sekian tima kasih!! =P

14 comments:

Abg Bani said...

motif citer ni? mintak mintak jangan la cimiki membaca cerita ini....

kemusykilan: 1) bagaimanakah hubungan ketam dgn buaya selepas itu?

2) apa yg berlaku kepada sang ketam?

3) setelah sang lamri berlari ke dalam hutan, tidakkah dia haus? di manakah tempat dia mendapatkan bekalan air?

Nizam Abdul Rahim said...

Jawab soalan;
1) hang nak macam mana?!rakan kongsi..bermadu atau homoseksual?
2)sang ketam selepas tu terus jadi tukang masak tersohor..!
3)kat dalam hutan tu ada air terjun madagaski namanye..disitu la dia minum & bermandi-manda..!
**kalo hang nak tau sang lamri adalah ahli JKKK kampung situalang tiga..! =P ahhh..kepeh kepeh kepeh

Abg Bani said...

adakah citer ini berkaitan dgn penduduk kampung pinang sebatang?

Nizam Abdul Rahim said...

emm emm..ini ada kaitan dengan kampung teluk kumbaq! sebab tu ada disebut nama pak japaq tu..! =P hak hak hak

Abg Bani said...

adakah pak japaq menjual ketam ataupun pemilik fatty crab?

Nizam Abdul Rahim said...

emm..emm..pak japaq adalah pembela kucing..!!bukan tokey ketam..! =P hak hak hak

kawaii_desu said...

oi oi fatty fatty jgn sebot haaaa

salahla lepaih tu ketam tu pi berkhidmat untuk the little mermaid la

under the sea

Nizam Abdul Rahim said...

apa2 little mermaid..?! emm...ingat pegi khidmat negara..!! =P kepeh kepeh

shanaz said...

awat aku dok komen tak buleh ni

aku rasa sang lamri ni takla bijak sangat. setakat ekoq begoyang sapa pon bule ushar. malah cimiki pon boleh tau bahawa sang buaya itu maseh hidop.

mermaid punya kawan tu lobster kan?

Nizam Abdul Rahim said...

shanu..
Sang Lamri Yang nama dia..., Bijak tu nama bapak dia...jadi Sang Lamri Yang bin Bijak..
memang betul la, Sang Lamri Yang tu tak sebijak sang kancil!!
betul tak pak japaq?!! =P hak hak hak

kawaii_desu said...

aku tertanya2 sapa laaa pak japaq ni?? adik beradik shanu ka??? yg aku tau adik beradik dia is diyana gundu je?

Nizam Abdul Rahim said...

hak hak hak..pak japaq adalah jiran mereka!! =P

Super Nia Hana said...

akhirnya tamat gak citer nih

citer ni bebetul wat watashi sakit kepala

muahahha

Nizam Abdul Rahim said...

emm..emm..hana telah menghayati citer ini dgn baik sekali..! sebab itulah ia menyebabkan sakit kepala..! =P kepeh kepeh