Pertama sekali..saya ingin mengucapkan " Selamat menyambut tahun baru..semoga panjang umur...murah rezeki...bertambah banyak kapal di lauttt...!!"
situasi 1
(suatu tengahari, hujan baru nak mula turun..)
beberapa orang budak pompuan sedang berjalan di tepi jalan raya(seperti rombongan cik kiah)..sementara seorang budak laki-laki sedang memandu keta..lalu membuka tingkap keretanye..terus berkata kepada budak2 pompuan itu.." Basah tembakau tuu..!" sambil budak laki itu tersenyum sinis..
situasi 2
(suatu petang..)
weii..tembakau ke ..?? Uuu..Uuuu...
**har har har...hak hak hak...aku tak boleh tahan lagi...(aku nak berguling-guling sekarang juga)
Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
Resepi: Kek Che Cak & Che Cing Cheese..!
kek cheese ni berharga RM10 di LCCT..!!?hanya 8cm panjangnye saja..
sungguh tidak masuk akal..
Bahan-bahan
sungguh tidak masuk akal..
Bahan-bahan
- 10 tahil cream cheese
- 1/2 gelas fresh cream/plain yogurt
- 2 camca besaq jus lemon
- 5 tahil tepung gandum/ jagung
- 8 ekor cicak .. 8 lagii...i followwww..
- 1 ekor anak kucing (berumuq 2 bulan)
- 2 biji telur ayam kampung dusun..
- 18 camca besaq gula
Cara-cara
- Panaskan oven 170 degree...nak panaskan sampai 1000 degree pun boleh.. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok...!! (oven paper)
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream..emmm emmm..
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
- Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus..atau rentungggg...!!
- Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap boleh dimakan begitu sajeee...
Wednesday, December 24, 2008
Monday, December 22, 2008
sawang yang saharu..!
biar lah ia bersawang...
kerana aku sudah makan sup tulang..
bani..?! sedap kah sup tulang yang diyana hidang..?
ya..! aku belasah je sup tulang tu sehingga perut ku kenyang..
habis 2 buku roti ku makan..lalu ku lihat si bani makan perlahan tapi abis jugak 2 pinggan..
(..................................................................................)?!
...dan biar lah ia bersawang..
kerana ku sudah makan sup tulang!!
sekian tima kasih..! =P
Wednesday, December 17, 2008
Monday, December 15, 2008
..saharu!! =P
hari ini aku sangat saharu..!
kenape la saharu melanda diriku..
saharu membuat ku sakit perut..
hari ni aku bangun lambat untuk pegi keje..
kerana semalam pukul 1:30:25 saat pagi baru saje aku sampai shah alam..
aku saharu...ya!! aku sedang saharu..
semoga saharu ini akan berlalu.. =P

Thursday, December 4, 2008
Monday, December 1, 2008
..pokok!!
Pokok...
kau hidup seperti manusia juga..
tapi tiada akal fikiran,
ku jaga agar dikau tidak disakiti semasa ditanam..
walaupun hati ini merintih,
ya..menahan panas terik matahari..!
dan terasa penat badan ini..
terasa berat seperti memikul batu di bahu..
ku gagahi juga untuk melangsaikan kerja..
Pokok..ku harap, jangan la ko patah hati..merajuk terus tak HIDUP...!!
***

Monday, November 24, 2008
..Sang Lamri yang Bijak!! =P (Final Episode)
Sang buaya mencari akal untuk memerangkap sang lamri. "hahhh..aku ada satu akai..aku naik ke darat & berpura-pura mati..lepaih tu, hang taboq lah bunga kat badan aku ni..dan hang buat2 la menangis kerana kematianku..tentu sang lamri percaya yang aku dah mati & terus turun minum ke tebing sungai..!" kata sang buaya.
Ketam yang sudah benci kepada sang lamri setuju menolong sang buaya. Sang buaya pun meneruskan rancangannya dengan melumur lumpur kebadannya dan naik kedarat lalu berbaring di bawah pokok tomato. Lalat mula menghurung sang buaya yang tidak bergerak seolah-olah mati. Ketam mula lah menangis seperti yang dirancangkan oleh sang buaya. Sang lamri memerhati dari jauh sahaja sandiwara mereka dengan penuh geli hati.
Ketam pun pergilah menemui sang lamri. "Skang hang selamat..dah boleh minum air sungai ni, sang buaya dah mati..!" kata ketam "Tapi aku tak haus..!" jawab sang lamri. "Cuaca yang panas begini, tentulah hang haus.." kata ketam lagi. "Macam mana ngan sang buaya?" tanya sang lamri. Tiba-tiba ketam mula menangis. Ia berpura-pura sedih dan meraung..sambil menangis lalu berkata "Hang tak tau ka?..sang buaya dah mati..!"Sang Lamri melompat keriangan "Ohh..sungguh dukacita, betui ka sang buaya mati..selalunye dia suka berpura-pura untuk menangkap mangsa!"
"Betui kata hang..tapi kali ni dia betui-betui mati. Aku tabuq bunga tanda dukacita & hormat atas mayatnya.."Jawab ketam. "Kalo camtu aku pun akan menabuq bunga tanda hormat..tapi aku mahu turun ke sungai dulu untuk minum" kata sang lamri. Sang lamri pun turun ke sungai dan minum sepuas-puasnya. Sambil mata menjeling-jeling ke arah sang buaya, dilihatnya ekor sang buaya terangkat-angkat.
"Pelik..!" tiba-tiba sang lamri bersuara. "Awat? apa yang pelik?" tanya ketam. "Tidakkah hang pelik kalo sang buaya mati ekornya masih boleh mengibas-gibas? Dasaq..penipu..!!" tanya sang lamri pula. Ketam tidak dapat berkata apa-apa. Ia sedar tipu helah sang buaya tidak berjaya. Sang lamri terus melompat lari ke hutan sambil berteriak seperti hilang akal "Sang buaya tak mati..sang buaya tak mati..kluk kluk klukkkk!!" bunyi seperti ayam piru pulak sang lamri itu.
Sang buaya turun semula ke sungai. Ia sangat marahkan sang ketam yang tidak pandai memperdayakan sang lamri. Ketam terasa takut lalu lari dari situ. Tinggallah sang buaya seorang diri yang tidak berkawan.
..TAMMAT.sekian tima kasih!! =P
Thursday, November 20, 2008
..Sang Lamri yang Bijak!! =P (part 2)
"Aku tau..aku selalu menyambaq binatang2 yang datang ke sungai. Aku ganas bila aku marah & lapaq..tapi skang tak lapaq. Skang pi la ke tebing sana..kalo hang jumpa sang lamri, suruh dia mai minum..aku tak ganggu.aku mau tidoq.." kata sang buaya lagi.
Ketam pun naik ke darat. Dilihatnya sang lamri sedang makan. "Wah..best hidangan hang hari ni!" tegur ketam. "Ya best..mai makan sama..pisang ada..oren ada..buah kundang pun ada" jawab sang lamri. "Tima kasih sajalah" jawab ketam
Tiba-tiba sang lamri tersedak kerana makan terlalu gelojoh. "Kalo cam ni..hang boleh mati tercekik. baik hang turun cepat ke sungai dan minum" kata ketam. "Aku tak kan turun ke sungai. Aku takut sang buaya tangkap aku" jawab sang lamri "Hang tak perlu takut..tadi sang buaya ada menyatakan pada aku dia tak ganggu hang..lagi skang ni dia tidoq" kata ketam lagi.
"HAR..HAR..HAR..! baik hang bagi tau saja sahabat hang yang tak hensem tu, pak japaq lagi hensem..aku tak dahaga. Suruh dia saje yang minum air sungai tu.."ketawa sang lamri.
Ketam pun balik ke sungai kembali. Dia sangat marah kepada sang lamri yang bongkak itu. Dia pun menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan sang lamri tadi kepada sang buaya.
"Ooo..begitu keadaannye,dah la kata aku tak hensem..bandingkan aku pulak dengan pak japaq..malah tak ada lagi percaya mempercayai sesama kite di dunia ni. Tapi aku akan cuba menolong kawan kita itu menghilangkan dahaganya.."kata sang buaya.
to be continued.. Uuu..Uu..awat asyik senak perut je hari ni..?! ahhhh =P kepeh kepeh

Tuesday, November 18, 2008
..Sang Lamri yang Bijak!! =P
Al-kisah....taibbb!! sang kancil datang berjumpa dengan sultan firaun...emm emmm hari aku nak citer kisah binatang khas untuk cimiki...! Paaaada suatuuu hariiii...har har har
Pada zaman dahulu ketam dengan sang buaya berkawan baik..sama-sama mandi & berjemur di tebing sungai. Pada suatu pagi, sang buaya berasa lapar..tiada apa yang hendak dimakannya..binatang2 lain tidak berani turun ke sungai takut disambar sang buaya..tidak jauh dari situ ada seekor musang, sang lamri namanya..ia selalu mencari makan.
Sang buaya ternanti-nanti kedatangan sang lamri ke sungai dan mahu menyambarnye.. Sang lamri adalah binatang yang pintar dan tidak mudah ditipu oleh sang buaya yang selalu berpura-pura mati untuk menangkap mangsa..!
Setelah lama menunggu, sang lamri tidak juga datang ke sungai. Maka berkatalah sang buaya kepada sahabat baiknye, ketam:"sang sepit, aku fikir sang lamri tentu dahaga. Sudah lama benar tidak datang ke sini. Kasihan dia. Jika kamu jumpa dia suruhlah dia turun minum. Nanti haus pula dia.. "Dia tak akan turun ke sini, dia sangat takut kamu.."terang ketam. "Mengapa pula dia takutkan aku?" tanya sang buaya...
to be continued... Uuu..Uu...=P senak perut lak..Uu...

Monday, November 17, 2008
Thursday, November 13, 2008
..mati keras dengar Video Karaeoke ni!!
Uuu..Uuu..boleh mati keras dengar video karaeoke!! =P sedih..rindu..dendam kesumat..hak hak hak..gila microphone tul housemate aku nih.. ahhh kepeh kepeh kepeh
**sila dengar sambil minum kopi, ia lebih menyeronokkan..
**sila dengar sambil minum kopi, ia lebih menyeronokkan..
Wednesday, November 12, 2008
..bujang susah!!
Friday, November 7, 2008
..sebesar tiang ..?!!
Uuu..uu..3 hari berturut-turut aku menghadap tiang lampu 12meter!! ahhh...sebenaqnye pasang 'service door' kat tiang tu, mana-mana yang terdedah..takdak 'service door' terus pasang jek! dan dok buat keje tepi jalan ni boleh jadi popular..mana² kenderaan lalu jek bagi hon 'ponnn..'! hak hak hak..ingat saje² nak dok tepi jalan ka?! aku buat keje la!..caitt...macam² aksi, ada sambil korek idung memandu pun sempat lagi hon tu...hak hak hak! kalo eksiden..nah, mau beratur beratus baris mau melihat ape yang terjadi di tepi jalan tu!! ape la rakyat malaysia ni...prihatin sungguh! =P kepeh kepeh 12juta kali sambil menekan hon.. ponnn..ponn..!!
Tuesday, November 4, 2008
Monday, November 3, 2008
... Tapioca!
..emm emm..minggu lepas aku ni demam2 jek..seram sejuk macam kena malaria tapioca aje!! satu minggu gak diserang demam ni! musim panas agaknye..dan ujan disebelah petang hari..
tapi ape kaitan ngan gambar ubi kayu kat atas tu..hak hak hak
masuk musim mousun timur laut ni..memang banyak la kalo pegi kat pasar sebelah negeri-² pantai timur ni..syok layan ubi kayu rebus ni..panas2 terus belasah..pergghhh..time-² ujan lak tu ahhh...terus layan..
Uuu..Uu...kata orang "ada ubi, ada batas..yang takdak batas pun ubi boleh hidup jugak!" ehh..rasa takleh pakai perumpamaan ini..keh keh keh =P
Uu..ape aku merepek nihh..!?? kepeh kepeh kepeh..nak kena belasah kambing lagi nampaknye!

Thursday, October 30, 2008
Expdc Bakar Kambing!! =P
Aksi-aksi ini sangat tidak sesuai utk tayangan Umum..!! tapi yang pastinye sangat best bakar kambing kat Ulu Yam pada isnin 27hb Oktober lalu..sungguh menyelerakan! nyumm..yumm..
Thursday, October 23, 2008
..Keruk-Kerap bunyi Keropok!! =P
har har har har har "..krup krap..kruk krappp!! bunyi keropokkk..." itulah iklan pertama yang aku buat untuk mempromosi keropok segera yang dijual oleh en. masrun..!! sungguh aku tidak boleh lupa peristiwa bersejarah ini..iklan telah mengemparkan satu kolej kerana bunyi 'krup krap' itu!! kepeh kepeh kepeh.. =P
*peristiwa ni masa duduk kat kolej 7, universiti malaya pada satu ketika dulu...
Friday, October 17, 2008
..Darjah Satu ke Darjah 6: Katak Kertas..!! part 3
..Emmm emm, salah satu benda origami..katak lah yang selalunya aku buat! tak tau kenapa la kan..kalo ikutkan kapal terbang & perahu tradisional tu lagi senang nak buat..keh keh keh salah satu hobi pada waktu nak buang masa jugak la..masa lepak kat kedai mamak sambil² tu gatal² tangan buat katak ni..! kepeh kepeh =P
sapa tau skill nak buat katak kertas ni..?!! sila bunyikan hon anda..! ini salah satu ilmu yang dapat dari cikgu masa sekolah rendah dulu..
Uu Uu..tapi kena denda lompat katak sungguh memalukan! ahh.. =P

Monday, October 13, 2008
..memang best Mee Rebus ini!!
..iye.., mee rebus ini memang sedap! lazatnya sehingga menjilat pinggan..tapi kedai ni kat kampung aku..kedainya terletak dibawah jambatan.
yang tak bestnya order air..tak sampai-sampai sampai abis makan!
tanya dia punye pelayan a.k.a anak pompuan cun tuan kedai jawabnya sambil bergurau agaknya "bang, air takdok ore nok buat..minum air sungai kat belake keda ni je lahh..!" hu hu hu..minum air kosong jek la itu hari aisehhh..hampeh tul =P kepeh kepeh kepeh

Tuesday, October 7, 2008
..bukankah itu pemandangan yang indah..!!?
Pantai tempat bermain bola sepak pada satu ketika dulu
Sempat aku merakamkan permandangan kampungku yang tercinta semasa bercuti hari raya aidilfitri..tapi gambar ni ditangkap pada 5 petang dan cuaca seperti mahu hujan saje..gambar diatas tu, pantainya sayup mata memandang..kalo berjoging sampai hujung sana tu mahu berkeringat jugak la..
Pulau Rhu yang paling dekat tu aku tak pernah sampai, jaraknye lebih kurang 2 km dari pantai..tiada penghuni, ada citer mengatakan pada suatu ketika dulu harimau selalu berenang ke seberang sana..! Uuu..sungguh mengerikan..atau mungkin ada harta karun 'pirates of the caribeans' kat sana jadi mereka buat citer² yang menakutkan..
Spesis pokok² di persisiran pantai..
Dan spesis pokok² di atas ini..ingin ku bertanya pada kamu semua, apakah nama pokok² di atas itu?! hingga sekarang aku tidak mengetahui dengan tepat nama sebenar pokok² di atas..!! sungguh cetek sekali ilmu ku ini... =P kepeh kepeh kepeh
Monday, September 29, 2008
Aidilfitri 1429H
Selamat Hari Raya Aidilfitri..!
dedikasi kepada semua umat manusia & kepada semua pembaca website ini..
maaf zahir & batin.. dan terimalah ole-ole lagu raya yang telah dirosakkan olehku..Har Har Har! kepeh kepeh kepeh =P
dedikasi kepada semua umat manusia & kepada semua pembaca website ini..
maaf zahir & batin.. dan terimalah ole-ole lagu raya yang telah dirosakkan olehku..Har Har Har! kepeh kepeh kepeh =P
bonus track 01
bonus track 02
Thursday, September 25, 2008
gasket & minyak petrol...menjelang hari raya!! episod 3
dan disini sikit berita lega harga minyak petrol turun seposen..!
cehh...kedekut sungguh..duit raya hanya seposen..
"Duit raya sekupang", inflasi naik 8.5 peratus.. - petikan dari harakahdaily
[Edited]
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :
Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01
Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen
- petikan dari harakahdaily.
Wednesday, September 24, 2008
.. satu kejadian menjelang hari raya! episod 2
dalam hati ku berkata..'ini mesti plug..takde lain dah ni!'
tapi bila hantar ke pomen semalam..nah ko, gasket head bocor...ahhh mau abis seratus dua jugak ni! adehhhh mau meletup pala aku ni, cam letupan bontot jet gambar kat atas tu!!..kepeh kepeh kepeh =P
Monday, September 22, 2008
..persoalan menjelang hari raya!! =P
[Edited]
Petikan berita terkini..!!
Turunkan harga minyak tidak lama lagi
22/09/2008 1:28pm
PUTRAJAYA 22 Sept. - Keputusan sama ada harga runcit minyak akan dikurangkan daripada harga semasa akan diputuskan dalam tempoh dua, tiga hari lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
``Kabinet akan membuat keputusan itu (menurunkan harga minyak), katanya pada sidang akhbar selepas taklimat di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Thursday, September 18, 2008
bila berubah jadi macam ni..!! =P
Pengetua Sekolah Buta Huruf - memang sesuai dengan karektor seorang pengetua sekolah..dengan bertali leher berbelang-belang, berbaju kot dan berkaca mata..dengan air muka yang ceria menunjukkan perjalanan atau tugas sebagai pengetua sekolah berjalan dengan lancar..tidak hairan lah sebab anak-anak muridnya tua-tua belaka..!!
Ahli Muzik Ternama - ada tokoh sebagai ahli muzik atau musician terkenal juga ternama..dari pemakaiannya kita boleh menilai beliau begitu menjaga imej..dan dari air muka yang juga ceria itu..nampaknya kerjaya sebagai artis berjaya berkembang di seluruh pelosok dunia..juga dikenali sebagai The King of Guitar..
Cikgu Sekolah Memasak - jika dilihat pada rambutnya sungguh seperti citer 'gadis dari bintang' saja..walaupun rambut beliau begitu tapi bakat memasaknya sukar ditandingi..sehinggakan beliau telah membuka sekolah memasak dan cawangan-cawangan sekolah memasak beliau telah berkembang keseluruh tanah melayu..kita dapat lihat dari wajah yang ceria itu..beliau sangat berjaya!! sekolah memasak beliau juga dikenali dengan tagline 'mari memasakkkkk..weeee!!!'
Tukang Jahit Ternama - ada tokoh sebagai tailor terkenal juga ternama..dari pemakaiannya kita boleh nampak kepakaran dalam bidang jahitan..dan dari air muka yang juga ceria itu..nampaknya perniagaan beliau berjaya berkembang di seluruh pelosok dunia..juga dikenali sebagai Super Tailor.. dan mungkin jugabeliau bertukar kerjaya kepada navy(tentera laut) =P kepeh kepeh kepeh

Monday, September 15, 2008
Bila Berbuka ada si............! ceh potong stim.. =P
Hari minggu itu hari, aku berbuka di rumah abang aku..dapat la jumpe 2 orang anak sedara si Hazim & Farisha setelah 2-3 minggu tak jenguk tengok mereka ni..tapi lepas berbuka nasik kerabu(kak ipar buat sendiri best woo..!)
tiba-tiba aku terdengaq suara raksasa purple kat bawah ni..!!? adoiiii..si barney ..cehh potong stim tul..anak sedara ku peminat barney rupenye =P kepeh kepeh kepeh
tiba-tiba aku terdengaq suara raksasa purple kat bawah ni..!!? adoiiii..si barney ..cehh potong stim tul..anak sedara ku peminat barney rupenye =P kepeh kepeh kepeh
Wednesday, September 10, 2008
..Darjah satu ke Darjah 5 !! - part 2
Tapi masa tu, aku sangat mengemari membaca novel "Biggles"..ia mengisahkan citer pengembaraan, aksi, penyiasatan dan ada juga ala² macGyver gitu..!! he he he..zaman tu juga, siri tv macGyver menjadi pujaan..
Percaya atau tidak..Novel² biggles ni ada yang setebal buku teks Alam & Manusia..malah lebih tebal dari itu! emm..
emm..dan jika diamati gambar novel diatas, betul lah..jet pejuang juga idola budak² sekolah dulu & sampai lah sekarang..! dan kesan dari kempen membaca itu, sampai sekarang aku tertanya-² kenapa mesti dicatit buku apa yg dibaca kedalam buku log itu..?!! =P kepeh kepeh kepeh
"selamat berbuka puasa..!" =)
Monday, September 8, 2008
terjumpa citer 'Toriton'
Emm..emm..yang aku ingat citer ni masa kecik² dulu..,
ikan lumba² dan juga boomerang itu...
Zaman ni, budak² mengilai boomerang..masing² mencari kayu papan untuk menghasilkan boomerang itu!! keh keh keh..asal jadi bentuk V, kira boomerang lah tu..
dan hanya kenangan² itu saja yang dapat aku imbas kembali dalam memori kepala otakku ini..kepeh kepeh kepeh =P
tapi kenape ikan lumba² menjadi tungangan..kenape tidak motor bot..atau jet ski aje?! mungkin juga lebih sesuai kapal selam..keh keh keh

Wednesday, September 3, 2008
Darjah satu..!! part 1
Uu..Uu..teringat aku masa zaman sekolah tadika & darjah satu dulu..!! macam ni lah lukisan yang selalu dilukis oleh aku dan rakan-² sekelas..rasanya budak-² sekolah lain seantero malaya pun mempunyai idea yang sama juga..
emm emm.. pada lukisan tu mesti ada bukit, matahari, burung, sawah bendang, padi, orang-orangan, ayam bersama-² anak ayam dan jugak tidak lupa rumah atau pondok kecik.. keh keh keh..kelas yang paling seronok sekali kelas lukisan lah dan kelas muzik pun seronok juga..!
selalunya hasil lukisanku, cikgu akan ditampal pada dinding kelas..kira antara yang terbaik jugak lahhh...keh keh keh
tapi kenapa la ayam tu takde bapak ayam? dan satu lagi, pondok kecik tu kepunyaan siapa?! juga lagi satu soalan, kenapa matahari berada di antara dua celah bukit..?! kepeh kepeh kepeh =P
[edit]
sepatutnya lagi, di belakang burung ada awan..dan juga di sebelah pondok kecik itu ada sebatang pokok kelapa..! lagi menarik jika ada kolam di hadapan pondok itu..
"Selamat menjalani Ibadah Puasa..!"

Thursday, August 28, 2008
Mencari Erti Kemerdekaan..!!
Aku teringat tarikh kemerdekaan..
dan tarikh yang sama juga membuat ku terfikir sesuatu yang penting,
melayang jauh ku fikirkan,
apa yang harus ku buat..
dan terdetik difikiranku,
bahawasanya aku belum lagi merdeka pada beberapa situasi
dan aku terus bersemangat juga berusaha untuk memerdekakan situasi itu
ahhh...sesungguhnya, sungguh indah perjalanan hidup ini,
aku bersyukur pada illahi..apa yang ada pada diriku hari ini!!
sekian terima kasih. satu tepukan kepeh kepeh kepeh =P

Thursday, August 21, 2008
Satelit 2 - Balik Kampung..!!
Monday, August 18, 2008
raket yang mana satu hebat..!?
Uuuuuu..uuu, petang ini aku akan mencuba raket baru! antara nano k-tech(impact)*baru atau nano speed(yonex)..raket baru ini berkaler silver berkilauan(perak) dan sungguh menarik sekali.. =P
rase sedikit kurang lentur raket impact ini jika dibandingkan dengan raket yonex itu..
tapi sejauh mana kesesuaian juga keserasian akan terjawab petang ini...
ha ha ha..tidak sabar lagi untuk berentap dengan raket baru itu..
yeahhh...berkesan atau tidak, bolos saje raket ituuuuUuu...!! kepeh kepeh kepeh

Tuesday, August 12, 2008
Sampah..
Situasi 1#
"Hey..tolong buang sampah itu..!?" kata si A.
"mana-mana?" jawab si B.
"yang itu, hanya 2 kaki dari kamu.." kata si A lagi.
Situasi 2#
"Murid-murid..,hari ni kamu semua kena bersihkan kelas dan buangkan sampah-sampah ke dalam tong sampah.." kata cikgu C memberi arahan.
"Murid-murid..,hari ni kamu semua kena bersihkan kelas dan buangkan sampah-sampah ke dalam tong sampah.." kata cikgu C memberi arahan.
Situasi 3#
"Busuk..berulat eiii..., apsal la tak buang sampah tu kat luar umah..!?
isk isk isk.." tanya si D kepada si E.
Situasi 4#
"Eh..,sampah kat 'Recycle bin' ko penuh..tak pernah 'clean' ke..!?" kata si F
"itu sampah ka?" tanya si G balik
..itu saja lah contoh-contoh situasi mengenai sampah dan termasuk entry ini juga dikategorikan sampah..! keh keh keh keh keh keh.. =P
Wednesday, August 6, 2008
Hari Pantun 2 Kerat..!
(*muzik.."pret ret tet tet..")
6haribulan Ogos - maka dengan ini saya mengisytiharkan 'hari mari berpantun 2 kerat' untuk diri sendiri..dan bila tiba tarikh ini seterusnye..tahun ke tahun berganti musim akan dilangsungkan juga 'hari mari berpantun 2 kerat'.
Objektif utamanya adalah untuk menghilangkan rasa ketegangan & juga sengal-sengal otak.
Umbut mayang letak di batu
Rambut mengerbang banyak kutu
Ayam bulat makan padi beras
Bangun lambat dapat laki malas
Tuku takal pengancing pintu
Budak nakal memang begitu

Pantun 2 Kerat
Umbut mayang letak di batu
Rambut mengerbang banyak kutu
Ayam bulat makan padi beras
Bangun lambat dapat laki malas
Tuku takal pengancing pintu
Budak nakal memang begitu
sila sambung dengan pantun anda..*berape banyak pantun, adalah tidak dihadkan
Wednesday, July 30, 2008
kerana Tiket Free..! kepeh kepeh =P
Uuu..Uu.., setelah dapat tiket free RM83 chelsea vs malaysia..maka semalam berangkat lah aku ke stadium shah alam mengambil masa 10minit dalam keadaan yang agak sesak di jalanraya. sebenarnye aku merempit motor housemateku semalam dengan kelajuaan 0km/j (jarum meter mati..cehh hampeh tul)
Maka menonton lah aku perlawanan itu, dari pengamatan aku tidak ada apa yang istimewa yang ada pada pasukan chelsea musim ini..jurulatihnya en. scolari nampak terjerit-jerit ditepi padang & agak sedikit terkepeh kepeh di situ..dan yang pasti musim ini Manchester United masih boleh mengekalkan lagi kejuaraan liga..!! yeahh..
Aku lebih teruja dengan kesungguhan pemain malaysia melakukan beberapa gerakan, mengelecek & cuba melepasi pemain lawan..hanya sedikit mengecewakan ketajaman bahagian serangan! ahhh..sayang sungguh!!
Tapi yang pasti aku enjoy ke stadium & juga melayan kawanku seikh(peminat mati keras chelsea) semalam..!

Thursday, July 24, 2008
si Udang Galah 2..!!
Jawapan bagi soalan assignment 1 adalah; *jawapan tak berapa betul, jgn percaya!
Emm emm.., kalo udang galah ni pandai membaca..pasti dia terkepeh-kepeh mencari ku untuk memberi satu tendangan padu maut! keh keh keh..dan disini juga ada lagi satu soalan extra..!!
Soalan extra;
Soalan extra;
1 ela kain putih = RM 3,
1 ekor udang galah = RM __?
1 ekor udang galah = RM __?
~~~edited~~~
Jawapan:1 ela = 3 kaki = RM 3
1 ekor udang = 8 kaki = RM 8
1 ekor udang = 8 kaki = RM 8
Tuesday, July 22, 2008
Assignment: si Udang Galah..!!
" Aku Udang Galah.., itulah namaku. Aku hidup di dalam aquarium..dan aquarium itu berada di dalam opis kerajaan malaysia..aku juga penyangak yang ulung pada masa ini..aku mempunyai penyepit yang kuat seperti kekuatan 'playar' & itulah senjata mautku..har har har..aku akan menawan dunia ini..bersedialah wahai manusia..!!"
*ini citer rekaan saje, tiada kena mengena dengan kehidupan manusia.
*ini citer rekaan saje, tiada kena mengena dengan kehidupan manusia.
gambar ekor penyangak
Ha ha ha..ini lah assignment kali ini!! agak mengarut, tidak masuk akal & juga tidak munasabah..
Untuk mengenali penyangak itu, kita hendaklah tahu serba sedikit anatomi seekor udang galah; dan jawapannya akan diberi hari khamis ini 24/07/2008..kepeh kepeh kepeh =P
Untuk mengenali penyangak itu, kita hendaklah tahu serba sedikit anatomi seekor udang galah; dan jawapannya akan diberi hari khamis ini 24/07/2008..kepeh kepeh kepeh =P
Tuesday, July 15, 2008
Serangan Bulatan Bujur..!!
UUuu..uuuu...sebanyak 6 kali bulatan bujur menyerang diriku ini.., tapi selepas ini aku pastikan bulatan bujur telur itu tak akan menyerangku lagii..!!dan sungguh ku rasa menyampah melihat bulatan bujur itu..! tiada jalan lain untuk melarikan diri dari bulatan bujur telur itu melainkan aku boleh mengatasi masa yang tepat..walaupun ku terpaksa terkinja-kinja dan mengelumpur untuk mengatasi bulatan itu..alangkah baik jika mempunyai kebolehan seperti filem 'wanted' yang ditayangkan skang ni...aku akan berusaha..!!o'yeahh.. idup kepeh kepeh kepeh =P
Sunday, July 13, 2008
Unplugged 3 - Kenangan Terindah - Samsons
Aaahhh...rakaman tertunda atas sebab memori kad hp perlu di formatkan balik..emm emm..ilang segala lagu dan fail penting itu.., dan sekali lagi aku merosakkan lagu tahap kekepehan paling tertinggi..! har har har..sila tutup telinga anda semua jika tidak sanggup mendengarkannye..!!
hana..,terimalah lagu gantian yang diminta sebagai ganti lagu anuar zen...sekian terima kasih! =)
hana..,terimalah lagu gantian yang diminta sebagai ganti lagu anuar zen...sekian terima kasih! =)
Kenangan Terindah
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu...Kutemukan hidupku
Bagiku...kaulah cinta sejati
Uuuuuuu...uuuuu...uuuuuu
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan...***
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah...
***rakaman terputus dengan sendirinye disitu..
Friday, July 4, 2008
Monday, June 30, 2008
TAG*** dari hana
1. Nama-nama timangan;
* keluarga terdekat panggil 'seni' erkk emm..seni pertahankan diri, seni pentas, seni khat dll.
* anak sedara panggil 'ayah ngah' (ada dua org anak sedara hazim & farisha)
* di pejabat panggil 'nize'
* kawan masa belajar?
sekolah rendah panggil 'seni'
sekolah menengah panggil 'senik' erkk..dah tambah 'k' pulak,keh keh keh =P
universiti malaya panggil 'nize' yang asalnya 'nizam'
2. Anda seorang yang;
* kata diyana "nize baik berhati mulia, juga blur dan pemalu.."
* kata azman (ciput) "badut sarkis yang makan slow dengan lawak paling bodoh pernah wujud dalam muka bumi ni.."
* kata cabau "ciput, aku setuju ngan ko.."
* kata olet "paling cool.."
* kata bani "paling kepeh kepeh.."
3: Insan teristimewa?describe apa yang membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda;
* tanya hazim
4: Makanan favourite anda;
* tanya farisha
5: Favourite Colour;
* tanya hazim
6. Favourite Song;
* tanya farisha
7. Sikap yg Membuatkan anda Stress;
* malas
8. 3 benda yg mesti ada dalam bag anda;
* baju sukan
* seluar sukan
* air mineral
9. Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa???
* emmmm..masa mak meninggal tahun lalu (tangisan dalam hati)

Subscribe to:
Posts (Atom)